Rawatan Kanser Paling Efektif - TF Keladi Tikus Malaysia (Typhonium Flagelliforme, Rodent Tuber, Tuban xia, Laoshu yu)

Go to content

Main menu:


Memperkenalkan,
Keladi Tikus (Typhonium Flagelliforme) Penawar
Kanser Semulajadi.
Perhatian: Didalam laman web ini terdapat beberapa gambar yang kurang sesuai untuk tatapan umum, harap maklum.


Kapsul Keladi Tikus (Typhonium Flagelliforme) Asli Malaysia.

Keladi tikus.
Keladi tikus adalah nama yang kurang dikenali di rantau ini, terutamanya kita di Malaysia, tetapi pada negara luar, herba telah dikenali sebagai salah satu daripada herba besar yang telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti keputihan, buasir, sakit gigi, radang paru-paru, sakit dada akibat merokok, termasuklah penyakit yang menjadi pembunuh nombor dua dunia iaitu kanser. Tidak hairanlah jika kata kunci keladi tikus dibuat pada carian internet, banyak daripada hasil carian adalah datang daripada penulisan daripada pelbagai jenis bahasa, ini kerana terdapat beberapa kajian serta tesis lengkap telah dibuat terhadap herba ini (rujukan) serta penggunaan herba ini, terutamanya pada rantau nusantara telah terbukti amat mujarab bagi mengubati beberapa penyakit kronik kerana pada dasarnya, herba Keladi tikus mempunyai beberapa komponen aktif yang amat diperlukan oleh tubuh untuk mencegah serta merawat penyakit kronik, sehinggakan ada yang sanggup datang daripada luar negara seperti New Zealand, Filipina, Amerika Syarikat serta Australia semata-mata untuk mendapatkan herba ini semata-mata atas tujuan perubatan, terutamanya untuk penyakit kanser.


Hasil kajian klinikal Keladi Tikus Malaysia: link1 link2 link3

         Keratan daripada akhbar Berita Mingguan Malaysia, 4 Julai, 1998.


Anti Kanser.
Herba Keladi tikus telah menjalani beberapa peringkat kajian oleh universiti tempatan dan juga luar negara dan merupakan herba yang tergolong dalam kategori yang agak cepat kesannya pada tubuh, proses penyembuhannya dapat dirasakan seawal 4 jam bagi mereka yang menggunakannya bagi merawat sakit dada (paru-paru) akibat merokok, walau bagaimanapun, kesannya pada pesakit kanser adalah berbeza, ianya biasa diawali dengan satu tindakbalas yang dikenali sebagai krisis penyembuhan atau healing crisis sebelum tubuh memasuki fasa merawat kendiri (self healing), manakala masa yang diperlukan adalah sekitar 6 hingga ke 12 bulan, malah ada yang lebih daripada itu, ini bergantung kepada tahap sesuatu kanser yang ada pada seseorang pesakit. Jika kanser itu sudah mencapai tahap metastasis, iaitu tahap 3 dan keatas dan sudah mempunyai keupayaan untuk merebak ke tempat lain, maka masa yang diperlukan adalah lebih berbanding dengan kanser yang masih berada pada tahap 1 atau 2.


Sebuah journal yang telah dikeluarkan oleh J. Pharm (India) berkaitan dengan herba keladi tikus.


 
 

Antara perkongsian pengalaman kanser paru-paru tahap 4.
(Rakaman berbentuk audio oleh Muhammad Amir Aiman)


Keladi tikus (Rodent tuber, Laoshu yu)
Keladi Tikus atau nama saintifiknya; Typhonium flagelliforme adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai komponen aktif bagi merawat beberapa jenis penyakit. Terdapat beberapa penulisan yang membahaskan tentang keupayaan yang ada pada keladi tikus, baik dari sudut negatif mahupun positif. Sinonim dengan kanser, tumbuhan ini telah mula menarik perhatian pengamal perubatan alternatif dan mereka yang mencari kaedah rawatan berasaskan herba. Menurut sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Utusan bertarikh 17/8/1998 menunjukkan bahawa, keladi tikus mempunyai komponen yang bukan sekadar merawat, tetapi juga mencegah kanser daripada terus merebak. (rujukan).

Apabila mencapai tahap matang, Keladi Tikus yang juga dikenali dengan nama Rodent Tuber, Tu Ban Xia atau Lao Shu Yu ini akan berbunga. Bentuk bunganya yang seakan-akan ekor tikus menyebabkan ia mendapat gelaran Keladi Tikus. Termasuk dalam kategori Araceae, berketinggian antara 25 hingga 30cm, Keladi Tikus biasanya tumbuh di dalam habitat lembap yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung. Berdaun hijau terang, bulat dan hujung runcing berbentuk seperti daun sirih, ianya boleh dijumpai di sekitar asia tenggara dan biasanya tumbuh di kawasan hutan dara berpaya yang mempunyai tahap kelembapan (humidity) tinggi serta jauh daripada capaian manusia.

Rujukan: Dr Lai Choon Sheen (USM Pulau Pinang, rujuk Publication 2009 dan 2010)
Current Project (USM Pulau Pinang, rujuk nombor 18)

 

Kajian Makmal.
Sebuah artikel, hasil penelitian Universiti Sains Malaysia (USM) berkaitan kemampuan Keladi Tikus melawan sel kanser bertarikh 2/6/2008 telah diterbitkan, yang ditulis semula, dengan izin: "Several fractions of the Hexane and Dichloromethane extracts were found to inhibit the growth of NCI-H23.." dimana NCI-H23 adalah dirujuk kepada sel kanser, kajian ini menunjukkan Hexane dan Dichloromethane yang terdapat pada pokok Keladi Tikus telah mewujudkan persekitaran yang kurang sesuai bagi kanser untuk berkembang (rujukan). Pengguna dinasihatkan supaya mengenali herba Keladi tikus dengan lebih terperinci sebelum menggunakannya, ini kerana, dikhuatiri jika tersalah pilih, akan mendapatkan pokok yang tidak dapat memberikan khasiat penyembuhan yang sepatutnya, ini kerana pokok herba keladi tikus yang tumbuh di Malaysia ini mempunyai lebih dari 60 jenis keladi lagi dari cross species yang hampir sama yang tumbuh meliar di Myanmar, Filipina, Sri Lanka, Thailand, New Guinea dan pada beberapa buah negara lagi, oleh itu, pengalaman serta penelitian adalah sangat penting bagi memastikan ianya adalah datang dari spesis Araceae yang biasanya digunakan dalam bidang perubatan, rujuk Typhonium. (rujukan).

Keladi tikus juga telah mendapat liputan daripada akhbar berbahasa cina tempatan, Sin Chew.

Beberapa artikel telah diterbitkan untuk menunjukkan fungsi penggunaan herba keladi tikus bagi merawat pelbagai jenis kanser, ini berikutan dengan hasil daripada tindak balas Ribonsome inactivating protein yang berfungsi sebagai pemacu tindakbalas toksin di dalam tubuh, yang juga dikenali dengan nama Immunotoxin yang merupakan salah satu penyebab utama kemusnahan sel kanser disamping anti oksida yang tinggi yang menjadi pelindung kepada sel-sel lain yang masih belum terkena jangkitan. Herba keladi tikus yang dikeringkan di bawah sinaran matahari biasanya mempunyai bau yang kuat serta mampu bertahan sehingga 2 tahun daripada tarikh ianya dikeringkan.

 
 
 
 
 
Back to content | Back to main menu